Utama    /    Servis

Servis

Pembiayaan Semula Rumah

Semak semula pembiayaan rumah anda dengan mengambil kira kos keseluruhan.

Pembiayaan semula rumah melibatkan pembiayaan baharu untuk menggantikan pembiayaan sedia ada. Ia boleh dipertimbangkan untuk menilai perubahan terma atau pilihan menggunakan ekuiti rumah, tertakluk kepada penilaian institusi. KAS membantu semakan awal dan penyelarasan urusan anda.

dikendalikan terus oleh KAS

Adakah ini untuk anda?

Untuk pemilik rumah yang mahu memahami pilihan pembiayaan semula berdasarkan situasi hartanah mereka.

Bagaimana KAS membantu

  • Kenal pasti tujuan dan maklumat tanah
  • Semakan awal dokumen pemilikan
  • Rujukan dan koordinasi terus melalui KAS

Pertimbangkan kos penilaian, guaman, penyelesaian awal dan jumlah bayaran sepanjang tempoh. Keputusan tertakluk kepada penilaian institusi.

Mulakan dengan perbincangan

Fahami pilihan
anda dahulu

Kongsi keperluan asas. Tiada dokumen sensitif diperlukan untuk pertanyaan awal.

KAS ialah syarikat perunding, bukan bank atau pemberi pinjaman. Kelulusan, jumlah, kadar dan terma pembiayaan tertakluk kepada penilaian institusi kewangan.

Sebelum anda bermula

Bagaimana prosesnya?

  • Pertanyaan & semakan awal KAS
  • Persetujuan skop & penyediaan dokumen
  • Submission kepada pihak berkaitan
  • Penilaian institusi & susulan KAS
Siapa yang boleh membuat semakan?

Pemilik rumah yang ingin menilai pembiayaan sedia ada, struktur ansuran atau kemungkinan lebihan tunai. Kesesuaian bergantung pada pendapatan, komitmen, rekod bayaran, baki pembiayaan, nilai dan status pemilikan rumah.

Kami membantu menyusun maklumat hartanah dan pembiayaan, mengenal pasti dokumen yang diperlukan serta menyelaras urusan dengan pihak berkaitan. Kami menerangkan komponen kos yang perlu dibandingkan dengan manfaat yang dijangka.

Semakan maklumat pemilik dan rumah → penerangan pilihan serta kos → persetujuan dan permohonan → penilaian institusi serta hartanah → dokumentasi → penyelesaian pembiayaan sedia ada dan pengeluaran dana mengikut syarat.

Sediakan lokasi dan jenis rumah, anggaran baki pembiayaan serta tujuan refinance.

Dokumen lanjut boleh merangkumi bukti pendapatan, penyata pembiayaan, surat tawaran sedia ada, perjanjian jual beli dan dokumen hak milik.

Pertimbangkan tempoh ikatan, caj penyelesaian awal, yuran guaman, penilaian, duti setem serta takaful atau insurans jika terpakai.

Tempoh lebih panjang boleh meningkatkan jumlah kos. Lebihan tunai tidak dijamin, dan kegagalan membayar pembiayaan bercagar boleh menjejaskan rumah anda.

Skop dan caj KAS akan diterangkan secara bertulis. Minta pecahan kos institusi dan pihak ketiga, serta semak sama ada kos dibayar berasingan atau dimasukkan ke dalam pembiayaan.

Mulakan dengan maklumat asas rumah dan tujuan anda membuat semakan.

 
 

Tidak. Penilaian dan keputusan akhir dibuat oleh institusi kewangan. KAS tidak menjamin kelulusan, kadar, jumlah atau tempoh pembiayaan.

Scroll to Top