Utama   /    Caj Perkhidmatan

Caj Perkhidmatan

Ada Sebarang Pertanyaan Mengenai Caj Kami?

Caj Perkhidmatan KAS

Fahami kadar, asas pengiraan dan masa bayaran sebelum meneruskan urusan.

Caj KAS ialah fi bagi perkhidmatan yang dipersetujui, termasuk konsultasi, semakan dokumen, penyediaan maklumat, penyelarasan permohonan dan susulan. Ia berasingan daripada kadar faedah atau keuntungan serta caj institusi pembiaya.

Perkhidmatan Kadar Asas Pengiraan
Penyatuan Hutang 15% Cash-in-hand yang diterima pelanggan bagi urusan tersebut.
Pinjaman / Pembiayaan Baharu 15% Jumlah pembiayaan yang benar-benar disbursed, iaitu dikeluarkan oleh institus

Amaun asas dan pengiraan fi akan dinyatakan dalam perjanjian, notis atau invois yang berkaitan. Kadar di atas tidak terpakai secara automatik kepada refinance atau perkhidmatan lain.

Contoh Pengiraan
Penyatuan Hutang Cash-in-hand diterima: RM30,000.00
RM30,000.00 × 15% = RM4,500.00 caj KAS
Pembiayaan Baharu Jumlah sebenar disbursed: RM50,000.00
RM50,000.00 × 15% = RM7,500.00 caj KAS

Contoh ini untuk penerangan sahaja dan menunjukkan fi KAS sebelum sebarang cukai yang sah terpakai, jika ada. Ia bukan tawaran atau pengiraan tunai bersih akhir pelanggan.

Bilakah fi dikenakan?

Bagi dua perkhidmatan di atas, fi kejayaan hanya dikenakan apabila pembiayaan berjaya disbursed atau dikreditkan mengikut servis yang dipilih. Jika permohonan ditolak atau tiada dana disbursed, tiada fi kejayaan dikenakan, kecuali caj lain yang telah dipersetujui secara bertulis.

Tempoh Bayaran: 12 Jam

Fi perlu dibayar sepenuhnya dalam tempoh 12 jam, dikira daripada waktu yang terkemudian antara penerimaan dana pembiayaan atau cash-in-hand dengan pengeluaran notis atau invois KAS.

Bayaran hanya dibuat ke akaun rasmi KAS yang dinyatakan dalam invois atau sistem KAS. Simpan invois dan bukti bayaran untuk rujukan.

Perkhidmatan Lain & Kos Berkaitan

Setiap skop perkhidmatan diterangkan sebelum anda membuat komitmen berbayar.

Pembiayaan Semula Rumah dan Tanah

Caj ditentukan mengikut skop semakan, dokumentasi dan penyelarasan yang dipersetujui. KAS akan memberikan penerangan atau sebut harga bertulis sebelum urusan berbayar diteruskan.

Legasi, Hibah, dan Wasiat

Caj bergantung pada jenis dokumen dan skop penyedia profesional. Pastikan caj penyediaan, penyimpanan, pindaan atau pentadbiran, jika ada, dijelaskan. Sebarang caj KAS akan dinyatakan secara berasingan.

Semakan Kesihatan Kewangan

Program Free Financial Health Check KAS adalah percuma mengikut skop program yang diumumkan. Penyertaan tidak mewajibkan anda mengambil pembiayaan atau perkhidmatan berbayar. Perkhidmatan tambahan yang dipilih memerlukan persetujuan berasingan.

Kos Pihak Ketiga dan Cukai

Bergantung pada urusan, kos lain boleh merangkumi caj institusi, duti setem, yuran guaman, penilaian hartanah, takaful atau insurans serta caj penyelesaian awal. Minta pecahan kos dan semak sama ada ia dibayar berasingan, ditolak daripada dana atau dimasukkan dalam pembiayaan. Sebarang cukai yang sah terpakai, jika ada, akan dinyatakan pada invois.

Persetujuan dan Pembatalan

Menghantar borang pertanyaan sahaja tidak bermaksud anda melantik KAS atau bersetuju membayar fi. Baca perjanjian sebelum menerima perkhidmatan. Jika anda mahu menghentikan urusan, hubungi KAS untuk pengesahan status serta sebarang implikasi bayaran mengikut perjanjian dan undang-undang yang terpakai.

Bagi permohonan yang diteruskan kemudian melalui pihak yang diperkenalkan atau diuruskan oleh KAS, kewajipan fi mungkin masih terpakai mengikut terma perjanjian. Penjelasan khusus perlu diperoleh sebelum anda bersetuju.

Ada Pertanyaan Mengenai Pengiraan Caj?

Minta penjelasan bertulis tentang amaun asas, kadar, jumlah fi dan tarikh akhir bayaran. Jika maklumat pada invois tidak sepadan dengan perjanjian, hubungi KAS untuk semakan.

Caj jelas. keputusan yakin.

Perlukan Penjelasan Mengenai Caj Perkhidmatan Kami?

Fahami caj, asas pengiraan dan terma pembayaran sebelum meneruskan urusan bersama KAS.

Dapatkan Penjelasan Caj
Scroll to Top