Utama    /    Servis

Servis

Pembiayaan Baharu

Nilai keperluan dan kemampuan sebelum membuat komitmen baharu.

Setiap keperluan pembiayaan wajar dinilai bersama kemampuan bayaran dan komitmen sedia ada. KAS membantu anda memahami pilihan pembiayaan peribadi, menyusun dokumen dan menyelaras permohonan kepada institusi yang berkaitan mengikut skop perkhidmatan.

Rangkaian penasihat KAS

Adakah ini anda?

For individuals seeking an initial review before considering new financing.

Bagaimana KAS membantu

  • Kenal pasti tujuan pembiayaan
  • Semakan awal profil dan dokumen
  • Sokongan submission kepada banker

Jumlah, kadar, tempoh dan kelulusan tertakluk kepada penilaian institusi kewangan.

Mulakan dengan perbincangan

Fahami pilihan
anda dahulu

Kongsi keperluan asas. Tiada dokumen sensitif diperlukan untuk pertanyaan awal.

KAS ialah syarikat perunding, bukan bank atau pemberi pinjaman. Kelulusan, jumlah, kadar dan terma pembiayaan tertakluk kepada penilaian institusi kewangan.

Sebelum anda bermula

Bagaimana prosesnya?

  • Pertanyaan & semakan awal KAS
  • Persetujuan skop & penyediaan dokumen
  • Submission kepada pihak berkaitan
  • Penilaian institusi & susulan KAS
Siapa yang boleh membuat semakan?

Individu yang ingin menilai pilihan pembiayaan baharu, termasuk kakitangan kerajaan, GLC dan sektor swasta. Pekerjaan, pendapatan, umur, rekod bayaran dan syarat produk akan mempengaruhi penilaian institusi.

Kami mengenal pasti tujuan dan keperluan awal anda, membantu semakan dokumen serta menerangkan jumlah bayaran, tempoh dan kos yang perlu dipertimbangkan. Kami menyelaras komunikasi dan susulan bagi urusan yang anda benarkan.

Pertanyaan awal → semakan maklumat → penerangan pilihan dan caj → persetujuan pelanggan → permohonan kepada institusi → keputusan serta penyelarasan langkah seterusnya.

Maklumat awal merangkumi sektor pekerjaan, pendapatan dan komitmen semasa. Bukti identiti, slip gaji atau bukti pendapatan, penyata bank dan dokumen tambahan mungkin diperlukan kemudian, mengikut institusi.

Pilih jumlah yang selaras dengan keperluan dan kemampuan. Bandingkan ansuran, jumlah bayaran keseluruhan, kadar yang terpakai serta caj.

Jumlah tunai bersih yang diterima mungkin berbeza daripada jumlah diluluskan jika terdapat potongan atau kos berkaitan.

Caj KAS dinyatakan secara berasingan daripada kos institusi dan diterangkan sebelum anda membuat komitmen berbayar. Menghantar pertanyaan tidak dengan sendirinya mewujudkan kewajipan membayar yuran.

Kongsikan keperluan anda supaya langkah semakan yang berkaitan dapat diterangkan.

Tidak. Penilaian dan keputusan akhir dibuat oleh institusi kewangan. KAS tidak menjamin kelulusan, kadar, jumlah atau tempoh pembiayaan.

Scroll to Top